Latar tirai ‘Bangsawan Dendam Laksamana’: nafas baharu dalam persembahan teater bangsawan / Muhammad Alhakeem Husain and Norzizi Zulkafli

Husain, Muhammad Alhakeem and Zulkafli, Norzizi (2023) Latar tirai ‘Bangsawan Dendam Laksamana’: nafas baharu dalam persembahan teater bangsawan / Muhammad Alhakeem Husain and Norzizi Zulkafli. International Journal of Art and Design (IJAD), 7 (2). pp. 25-31. ISSN 2710-5776

Abstract

Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Bangsawan di percayai mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an dan diadaptasi daripada persembahan Wayang Parsi di India. Bangsawan mengalami zaman kemasyhuran pada tahun 1890an dan mula mengalami zaman kejatuhannya pada awal tahun 1940an. Bangsawan sehingga hari ini masih cuba untuk bersaing dengan persembahan teater moden terutamanya di Kuala Lumpur. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ telah dipentaskan pada 10-13 November 2017 dan 2-11 November 2018 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), arahan Pat Ibrahim terbitan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment. Kajian ini melihat transformasi yang di buat dalam konvensi persembahan Bangsawan terutama melihat pembaharuan yang ditampilkan dalam latar tirai dalam teater tradisional ini. Latar tirai merupakan satu bentuk rekaan utama dalam konvensi persembahan teater Bangsawan. Bangsawan menggunakan tujuh jenis latar tirai yang digunapakai bagi setiap adegan dalam persembahannya. Latar tirai merupakan latar belakang gambaran lokasi babak yang dilukis pada kanvas yang berukuran 20 kaki lebar dan 15 kaki tinggi mengikut kesesuaian panggung dan memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang dalam menyiapkannya. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ menggubah penggunaan tirai dari kain yang dilukis tangan kepada latar digital dari paparan skrin LED. Namun begitu, pengekalan imej lukisan pada latar tirai tetap dilakukan dan ditambah baik dengan menggunakan lukisan digital pada LED. Ini memberi impak modenisasi di dalam teater Bangsawan. Kajian ini membincangkan sejauh mana pembaharuan yang dibuat mengangkat Bangsawan dalam cuba berdaya saing dengan teater kontemporari hari ini di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Husain, Muhammad Alhakeem
2017899104@student.uitm.edu.my
Zulkafli, Norzizi
norzizi@uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of Art and Design (IJAD)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD)
ISSN: 2710-5776
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 25-31
Keywords: Bangsawan; Bangsawan Dendam Laksamana; Teater tradisional; Latar tirai; Rekaan set
Date: July 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91455
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91455.pdf] Text
91455.pdf

Download (397kB)

ID Number

91455

Indexing

Statistic

Statistic details