Abstract
Salah satu keunikan yang terdapat pada al-Quran lama di Nusantara adalah mewahnya dengan kecantikan seni hias iluminasi. Ragam hias yang terdapat pada al- Quran kebiasaannya hanya terdapat pada bahagian hadapan, tengah dan akhir al-Quran. Setiap hiasan yang dilakarkan pada manuskrip membawa maksud tersendiri dan berkaitan dengan kehidupan masyarakat setempat. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan sebuah manuskrip al-Quran yang berasal dari Madura Indonesia seterusnya menjelaskan secara terperinci berkenaan ciri-ciri dan ragam hias yang terdapat pada manuskrip al-Quran MSS 4322, yang telah menjadi koleksi di Perpustakaan Negara Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan kajian perpustakaan dan bahan sekunder seperti buku, manuskrip dan artikel jurnal. Temu bual bersama pakar juga dijalankan bagi memperolehi data berkaitan maklumat seni hias iluminasi pada manuskrip. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan manuskrip al-Quran MSS 4322 berasal dari negara Madura, Indonesia. Hal ini kerana tertulis pada manuskrip al-Quran nama Pangeran Jimat dan ratu Tirtonegoro yang merupakan pemerintah di Sumenep, Madura pada kurun ke-18 Masihi. Penelitian ini juga menunjukkan tulisan naskhah menggunakan kertas daluang dengan model tulisan gaya naskhi yang kemas, menarik dan konsisten ditulis dalam bingkai bergaris tiga dengan kombinasi warna merah dan hitam. Iluminasinya sangat indah dengan lukisan lingkaran daun hasil daripada kombinasi pelbagai warna. Jilidannya tebal, menggunakan kulit daripada pokok kayu yang diukir dengan lukisan bermotifkan flora yang berkerawang mengikut “block” nya disadur tembaga dan serbuk emas pada kulit dan kelepek jilidan tersebut. Daripada dapatan kajian ini, penulis mengemukakan cadangan supaya manuskrip ini dapat digitalkan sebagai warisan ilmuan supaya ianya kekal lama di samping membantu masyarakat untuk lebih mudah mengakses dalam bentuk digital yang lestari sifatnya. Konklusinya, ragam hias dalam manuskrip al-Quran ini merupakan karya agung yang akan meninggikan martabat seni hiasan hasil lukisan tangan ulama terdahulu secara akademik dan lebih berautoriti kepada generasi digital khususnya dalam bidang seni kreatif warisan budaya Islam, khususnya di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Omar, Siti Azwanie siti.azwanie@yahoo.com Ariffin, Sedek sedek2001@um.edu.my Mohd Din, Nurul Huda huda_din@uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | International Journal of Art and Design (IJAD) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD) |
ISSN: | 2710-5776 |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 116-131 |
Keywords: | Manuskrip Al-Quran; Madura; Analisis; Ragam hias; MSS 4322 |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91150 |