Modul pembelajaran digital entrepreneurkids di tadika / Mazeni Ismail and Abdul Halim Masnan

Ismail, Mazeni and Masnan, Abdul Halim (2023) Modul pembelajaran digital entrepreneurkids di tadika / Mazeni Ismail and Abdul Halim Masnan. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Dalam konteks perniagaan dan keusahawanan, sikap, kemahiran digital dan penerapan nilai keusahawanan oleh guru prasekolah amat penting menarik minat kanak-kanak. Kajian model pendidikan kewangan awal kanak-kanak yang bersesuaian di Malaysia didapati kurang diberikan penekanan berbanding pada peringkat sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah Untuk Mereka bentuk Modul Pendidikan Keusahawanan Digital Kanak-kanak Tadika Golongan B40 berdasarkan kesepakatan pakar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih kreatif bagi meningkatkan pendidikan keusahawanan digital murid prasekolah. Metodologi: Modul pembelajaran digital entrepreneurkids di tadika dibangunkan berasaskan tiga fasa Design and Develop Research (DDR). Fasa pertama, iaitu analisis keperluan kandungan modul yang akan dibina dengan melibatkan 80 orang guru Tadika dengan menggunakan soal selidik. Fasa kedua adalah untuk mereka bentuk modul dengan menggunakan kaedah Interpretive Structural Modeling (ISM) berdasarkan keputusan 10 orang panel pakar. Fasa ketiga adalah untuk mengesahkan kebolehgunaan modul tersebut menggunakan kaedah fuzzy Delphi dengan melibatkan seramai 40 orang guru Tadika. Hasil dapatan: Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik dan pengusaha untuk menyampaikan ilmu keusahawanan berasaskan pembinaan Modul Pendidikan Keusahawanan Digital Kanak-kanak Tadika dengan lebih menarik dan berkesan. Reka bentuk modul ini meliputi kandungan, strategi pengajaran, objektif pembelajaran. Kandungan modul ini telah diinovasikan meliputi teks, audio grafik, gambar dan video.Di samping itu, pelaksanaan modul ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat dan pihak berkepentingan bagi keperluan generasi ini dalam memastikan kesejahteraan ekonomi yang seimbang berdasarkan gagasan Transformasi Nasional 2050. Modul ini juga sebenarnya telah diterimapakai di beberapa buah Tadika sebagai salah satu kaedah yang berkesan dalam mendidik keusahawanan bagi murid-murid prasekolah. Modul ini juga mudah dicapai dan diakses oleh guru di 16 buah negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Mazeni
mazeni@gapps.kptm.edu.my
Masnan, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking
Journal or Publication Title: TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023)
Page Range: pp. 23-24
Keywords: Digital Entrepreneurship Education; Model Entrepreneur; Preschool Entrepreneurship
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90945
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90945.pdf] Text
90945.pdf

Download (1MB)

ID Number

90945

Indexing

Statistic

Statistic details