Abstract
Fonik (Phonics) merupakan salah satu kaedah mengajar asas membaca Bahasa Inggeris bagi membantu kanak-kanak untuk mula belajar membaca dengan memperkenalkan gabung bunyi di antara satu huruf ke satu huruf yang lain. Penelitian tertumpu kepada proses yang berlaku semasa pengajaran. Objektif kajian ini adalah (i) mengenalpasti tahap peningkatan penguasaan penggunaan “IR Smart Phonics Kit” dalam meningkatkan tahap penguasaan fonemik bahasa inggeris di kalangan kanak-kanak TABIKA KEMAS Bunga Ros 1, Putrajaya dan melihat kesan penggunaan “IR Smart Phonics Kit” dalam membantu untuk meningkatkan tahap penguasaan fonemik” bahasa inggeris bagi kanak-kanak di TABIKA KEMAS Bunga Ros 1, Putrajaya. IR Smart Phonics Kit merupakan satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang mana terdapat bahan permainan interaktif “My Phonics”, IR Smart Board & English Kit dan Modul "LiteraLearn: Phonics Expedition" di dalamnya serta boleh diakses melalui capaian QR-Code. Rekabentuk kajian adalah kajian tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data ini diperoleh melalui nota lapangan, temubual, dan analisis dokumen (hasil kerja kanak-kanak) yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam kelas TABIKA KEMAS Bunga Ros 1. Data yang diperoleh di analisis dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “IR Smart Phonics Kit” dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan mudah. Peserta kajian juga di dapati lebih bermotivasi dan berminat untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Cadangan kajian seterusnya adalah dapat diperluaskan lagi dalam Tunjang Komunikasi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Husin, Hamima hamima.husin@gmail.com |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > Early childhood education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking |
Journal or Publication Title: | TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023) |
Page Range: | pp. 111-112 |
Keywords: | Kemahiran membaca; kaedah fonik; TABIKA KEMAS; fonemik |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90942 |