Abstract
Roti adalah makanan yang tidak asing lagi di negara kita. Pelbagai menu dan resipi berasaskan roti wujud akibat permintaan yang tinggi biar pun gandum bukanlah tanaman kontan di negara kita. Gandum mengandungi gluten. Gluten pula terdiri daripada dua protein khas iaitu glutenin dan gliadin. Kedua-dua jenis protein inilah yang membentuk gluten apabila gandum bercampur dengan air, lalu menjadikan strukturnya melekat dan bersifat kenyal. Disebabkan itu, tepung gandum adalah tepung yang paling sesuai dijadikan roti. Walau bagaimana pun, tidak semua orang dapat mencernakan unsur gluten di dalam roti secara optimum. Apabila ini berlaku, pelbagai simptom kesihatan akan muncul dan mengganggu urusan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kembung perut, rasa sebu, loya, ruamruam gatal, cirit-birit atau pun sembelit.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor UNSPECIFIED Muhsain, Siti Nur Fadzilah UNSPECIFIED Mokhtar, Nur ‘Ainun UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kembung perut, sebu, loya, ruamruam gatal, cirit-birit, sembelit. |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90839 |