Masalah setinggan di kawasan Kidurong Bintulu / Norfarany Abdul Mutalib and Sylvester Langa Dato

Abdul Mutalib, Norfarany and Dato, Sylvester Langa (2002) Masalah setinggan di kawasan Kidurong Bintulu / Norfarany Abdul Mutalib and Sylvester Langa Dato. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kaitan penduduk setinggan di Kawasan Kidurong Bintulu dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut. Objektifutamanya adalah untuk mengenalpasti kaitan di antara penduduk setinggan di Kawasan Kidurong, Bintulu ke atas masalah-masalah yang timbul. Sampel diambil daripada 105 orang penduduk setinggan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Persampelan yang digunakan adalah rawak mudah. Peningkatan kawasan setinggan yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini telah mendatangkan implikasi negatif dari sudut sosio-ekonomi, pencemaran, pengangguran penduduk tempatan dan sebagainya. Dari sudut keselamatan pula menunjukkan peningkatan gejala-gejala negatif seperti kecurian, rogol, dadah dan sebagainya. Oleh kerana jumlah setinggan yang semakin meningkat, banyak pihak yang mempersoalkan keberkesanan tindakan Kerajaan Tempatan (BDA) dan Jabatan Tanah & Survei di dalam mengatasi masalah ini di Bintulu. Berdasarkan isu-isu tersebut, kertas kerja ini akan mengupas dilema yang dihadapi oleh Kerajaan Tempatan (BDA) dan Jabatan Tanah & Survei dalam menangani setinggan di negeri ini dengan memberi penekanan pada implikasi kebanjiran pendatang asing di kawasan setinggan, langkah-langkah yang telah di ambil dan akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah setinggan di Bintulu.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Mutalib, Norfarany
96988326
Dato, Sylvester Langa
96988141
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Programme: Faculty of Administrative Science And Policy Studies
Keywords: setinggan, Kidurong, Bintulu
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90683
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90683.pdf] Text
90683.pdf

Download (734kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

90683

Indexing

Statistic

Statistic details