Tanggungjawab individu terhadap kesihatan dan kesejahteraan / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2024) Tanggungjawab individu terhadap kesihatan dan kesejahteraan / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Umumnya, kesihatan sering ditakrifkan sebagai ketiadaan penyakit. Dalam erti kata yang lain, seseorang individu yang tidak mengalami penyakit, kecederaan mahupun kekecewaan adalah dianggap sebagai sihat. Kebiasaannya, ungkai kata kesihatan dan kesejahteraan sering dilihat bergandingan yakni apabila seseorang individu itu sihat, maka kehidupannya akan lebih sejahtera atau sebaliknya, apabila seseorang individu itu berasa sejahtera, maka beliau adalah sihat. World Health Organization (WHO) (2003) menakrifkan kesihatan sebagai suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan tidak hanya tertumpu kepada ketiadaan penyakit atau berasa lemah. Manakala, Myers, Sweeney & Wittmer (2021) pula menakrifkan kesejahteraan sebagai cara hidup dalam mencapai tahap kesihatan dan kebahagiaan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh seseorang individu untuk kehidupan yang berkualiti dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, terdapat tiga tanggungjawab seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka iaitu tanggungjawab untuk bertindak, keprihatinan terhadap individu lain dan kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan, dan membuat keputusan yang tepat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Khalid, Mohamad Kamil Ariff
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: World Health Organization, WHO, fizikal, mental, spiritual
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90682
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90682.pdf] Text
90682.pdf

Download (974kB)

ID Number

90682

Indexing

Statistic

Statistic details