Mengatasi stres di kalangan pelajar universiti melalui kaedah "brain dump" / Normadiana Mohammad Hanapi and Mohd Mawardi Mohd Kamal

Mohammad Hanapi, Normadiana and Mohd Kamal, Mohd Mawardi (2024) Mengatasi stres di kalangan pelajar universiti melalui kaedah "brain dump" / Normadiana Mohammad Hanapi and Mohd Mawardi Mohd Kamal. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Pelajar universiti sering menghadapi tekanan dan stress yang tinggi akibat beban kerja akademik, tuntutan sosial, dan cabaran kehidupan harian. Salah satu kaedah yang semakin popular untuk menguruskan stres ini adalah penggunaan kaedah 'Brain Dump'. Kaedah ini melibatkan proses memindahkan semua pemikiran, tanggungjawab, dan idea dari minda ke medium luar, seperti kertas atau aplikasi catatan digital. Dalam konteks pengurusan masa atau penyelesaian masalah, 'brain dump' boleh membantu seseorang untuk mengenal pasti tugas-tugas atau tanggungjawab yang perlu diselesaikan, merancang jadual waktu atau prioriti tugas. Di samping itu juga, kaedah ini dapat mengurangkan keresahan dan stres dengan memindahkan pemikiran dari minda kepada medium luar. Hal ini mendorong para pelajar untuk menyusun pemikiran dan idea agar lebih mudah diurus dan diperolehi. Ini juga dapat digunakan sebagai kaedah untuk meningkatkan kreativiti dan pemikiran bebas, kerana ia membolehkan pemikiran tanpa halangan dan tanpa keperluan untuk penyusunan awal.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad Hanapi, Normadiana
UNSPECIFIED
Mohd Kamal, Mohd Mawardi
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Pemikiran, tanggungjawab, idea, digital
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90622
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90622.pdf] Text
90622.pdf

Download (1MB)

ID Number

90622

Indexing

Statistic

Statistic details