Abstract
Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai yang seringkali diabaikan. Kebanyakan daripada kita menyedari pentingnya menjaga kesihatan apabila diri mulai disapa penyakit. Sedar tidak sedar, amalan pemakanan dan gaya hidup seharian menyumbang kepada tahap kesihatan seseorang. Dalam dunia serba moden dan serba pantas sekarang, kebanyakan kita kurang melakukan aktiviti fizikal dan banyak menghabiskan masa dengan gajet serta melayari media sosial. Selain daripada penyakit fizikal seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung, kolestrol tinggi dan buah pinggang, kesihatan mental turut terjejas. Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan masalah kesihatan mental meningkat lima kali ganda pada tahun 2022 berbanding tahun 2020. Statistik menunjukkan 29% daripada jumlah populasi negara mengalami masalah gangguan mental yang merupakan penyakit kedua terbesar selepas penyakit jantung.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Musa, Wan Mardiana UNSPECIFIED Misnan, Noorimah UNSPECIFIED Harun, Shahriah UNSPECIFIED Muda@Yusof, Syafini UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung, kolestrol tinggi, buah pinggang |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90616 |