Kisah eutrofikasi dan kesannya terhadap hidupan air dan kita / Muhammad Ihsanuddin Mohamed ... [et al.]

Mohamed, Muhammad Ihsanuddin and Ridwan, Intan Faizani and Mohamad Latif, Nur Fatini and Karim, Kamelia and Rabu, Jacquenena Robinson and Sulaiman, Nur Sharzehan and Hashim, Aimie Rifhan and Kamaruddin, Sharir Aizat (2024) Kisah eutrofikasi dan kesannya terhadap hidupan air dan kita / Muhammad Ihsanuddin Mohamed ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Eutrofikasi boleh diibaratkan sebagai satu cerita seram dalam dunia air kita. Apakah itu eutrofikasi? Eutrofikasi merupakan satu fenomena di mana sumber nutrien seperti nitrogen dan fosforus berkumpul secara berlebihan dalam persekitaran air, yang menyebabkan peningkatan bilangan tumbuhan air dan alga. Walaupun fenomena ini berlaku secara semulajadi dalam ekosistem kita, ianya menjadi semakin meruncing akibat aktiviti manusia seperti pembuangan sisa pertanian dan air kumbahan berlebihan ke dalam tasik atau sungai. Cerita ini tidaklah begitu menakutkan pada mulanya tetapi boleh menjadi mimpi ngeri kepada kita semua pada akhirnya. Mari bayangkan suasana sungai dan tasik yang indah dan tenang yang menjadi sebagai kawasan tempat hidupnya ikan, serangga, dan tumbuhan air.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90609.pdf]
Text
90609.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics