Abstract
Eutrofikasi boleh diibaratkan sebagai satu cerita seram dalam dunia air kita. Apakah itu eutrofikasi? Eutrofikasi merupakan satu fenomena di mana sumber nutrien seperti nitrogen dan fosforus berkumpul secara berlebihan dalam persekitaran air, yang menyebabkan peningkatan bilangan tumbuhan air dan alga. Walaupun fenomena ini berlaku secara semulajadi dalam ekosistem kita, ianya menjadi semakin meruncing akibat aktiviti manusia seperti pembuangan sisa pertanian dan air kumbahan berlebihan ke dalam tasik atau sungai. Cerita ini tidaklah begitu menakutkan pada mulanya tetapi boleh menjadi mimpi ngeri kepada kita semua pada akhirnya. Mari bayangkan suasana sungai dan tasik yang indah dan tenang yang menjadi sebagai kawasan tempat hidupnya ikan, serangga, dan tumbuhan air.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Muhammad Ihsanuddin UNSPECIFIED Ridwan, Intan Faizani UNSPECIFIED Mohamad Latif, Nur Fatini UNSPECIFIED Karim, Kamelia UNSPECIFIED Rabu, Jacquenena Robinson UNSPECIFIED Sulaiman, Nur Sharzehan UNSPECIFIED Hashim, Aimie Rifhan UNSPECIFIED Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Ikan, serangga, tumbuhan air, alga |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90609 |