Ketenangan dalam secawan teh / Mohd Rizal Dohad, Mohd Nor Md Tan and Suzi Seroja Sarnin

Dohad, Mohd Rizal and Md Tan, Mohd Nor and Sarnin, Suzi Seroja (2024) Ketenangan dalam secawan teh / Mohd Rizal Dohad, Mohd Nor Md Tan and Suzi Seroja Sarnin. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

“Jika anda kedinginan, teh akan menghangatkan anda. Jika anda terlalu panas, teh akan mendinginkan anda. Jika anda depresi, teh akan menghiburkan anda. Jika anda bersemangat, teh akan menenangkan anda.” William Ewart Gladstone. Setelah membaca kata-kata bijak ini tentang teh, aku mula terfikir apa kandungan yang ada di dalam teh? Apa keistimewaan teh? Kenapa ia begitu popular di seluruh dunia? Suatu hari sedang aku berlegar-legar di sekitar bandar setelah selesai menjamu selera makan tengah hari, aku terpandang suatu papan tanda kedai yang bertulis Seni Teh. Aku mengintai dari celah celah cermin dinding kedai tersebut. Kelihatan banyak cawan-cawan kecil tersusun rapi di atas rak, pelbagai bentuk teko juga tersusun indah. Bungkusan serta kotak kecil dan besar berwarnawarni juga tersusun kemas. “Wah memang penuh kesenian,” ujarku di dalam hati. Tidak semena-mena dari dalam aku melihat seorang wanita pertengahan usia berjalan menuju ke arah ku sambil mengukir senyuman. Wanita itu membuka pintu lalu mempelawa aku masuk ke dalam kedainya. Wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Wan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Dohad, Mohd Rizal
UNSPECIFIED
Md Tan, Mohd Nor
UNSPECIFIED
Sarnin, Suzi Seroja
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Teh, teko, panas, popular
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90607
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90607.pdf] Text
90607.pdf

Download (1MB)

ID Number

90607

Indexing

Statistic

Statistic details