Abstract
E-book: Jom Belajar IoT (Internet of Things) dengan TinkerCAD merupakan salah satu inisiatif pembelajaran digital bagi membantu tenaga pengajar dalam menyampaikan ilmu asas penggunaan IoT kepada para pelajar. E book ini dilengkapi dengan video tutorial pelaksanaan projek amali secara langkah demi langkah menggunakan perisian TinkerCAD menggunakan versi bahasa melayu. Ia mengandungi kandungan yang bersifat hands-on iaitu menghasilkan amali menggunakan Arduino Uno tanpa melibatkan komponen sebenar. Ini amat membantu mereka
yang tidak mempunyai set Kit Arduino sebenar mensimulasikan kerja dan membantu menguji penyelesaian masalah. Terdapat 5 video amali mudah yang dibekalkan dalam E Book ini yang menggunakan komponen seperti LED, Push Button (Digital Input), LDR (Light Dependent Resistor) dan relay. Maklumat teras IoT bersama 5 latihan amali langkah demi langkah menggunakan TinkerCAD dengan rujukan video youtube yang disediakan merupakan impak yang disasarkan dalam penggunaan E book IoT ini. E book ini telah mendapat eISBN daripada Perpustakaan Negara Malaysia dan diterbitkan oleh Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka. E book ini juga telah berjaya di pasarkan dalam platform Shoppe dan telah berjaya mendapatkan jualan. Penerbitan buku ini akan menyokong Dasar Kebangsaan mengenai IR4.0 atau dikenali sebagai industry 4WRD yang menjadi dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan perkilangan bagi tempoh 2018 hingga 2025.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Rozali UNSPECIFIED Aris, Najdiah najdiah@kkmt.edu.my Abu Bakar, Raudhah Nooraáriffah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking |
Journal or Publication Title: | TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023) |
Page Range: | pp. 57-58 |
Keywords: | E book; Internet of Things (IoT); TinkerCAD; Arduino Uno |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90575 |