E-Pembelajaran asas perakaunan Islam menerusi MOOC/ Nurfarhana Mohd Daud

Mohd Daud, Nurfarhana (2023) E-Pembelajaran asas perakaunan Islam menerusi MOOC/ Nurfarhana Mohd Daud. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Dalam era globalisasi moden, sistem pendidikan sedang berkembang dengan sangat pantas seiring dengan kecanggihan teknologi. Ini membawa cabaran besar kepada generasi muda kini. Berbeza dengan masa lalu, iaitu pendidikan lebih banyak diberikan secara bersemuka dan disebabkan kemajuan teknologi ini telah mendorong penyimpanan data secara digital atau e-pembelajaran. Sistem pendidikan negara telah terjejas akibat pandemik COVID-19 yang berlaku pada akhir 2019. Disebabkan keadaan ini, penyebaran dan penerimaan maklumat harus dilaksanakan secara maya. Oleh sebab terdapat hambatan dalam penyampaian maklumat kepada pelajar secara bersemuka, proses penyampaian maklumat menjadi lebih mencabar. Oleh itu, Massive Open Online Courses (MOOC), adalah platform interaktif yang bertujuan untuk memudahkan pelajar yang mengambil kod kursus Asas Perakaunan Islam (CTU 231) bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari. Dalam MOOC CTU231, terdapat bahan dan maklumat teras untuk kursus seperti sukatan pelajaran, slaid, video, permainan kuiz dan latihan mengikut topik. Platform ini membolehkan pelajar dan pensyarah menjimatkan masa melalui penyediaan akses pantas dan mudah kepada ini. Selain itu, maklum balas pelajar menunjukkan bahawa platform yang diperkenalkan ini adalah yang terbaik kerana mengandungi semua maklumat yang diperlukan pelajar tanpa perlu risau tentang ketinggalan pelajaran. Kesimpulannya, pemusatan bahan dan garis panduan yang berkenaan dengan kursus dapat memudahkan proses pembelajaran bagi pensyarah dan juga pelajar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Daud, Nurfarhana
nurfarhana0953@uitm.edu.my
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking
Journal or Publication Title: TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023)
Page Range: pp. 99-100
Keywords: Perakaunan, Islam; CTU231; MOOC; e-pembelajaran
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90565
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90565.pdf] Text
90565.pdf

Download (2MB)

ID Number

90565

Indexing

Statistic

Statistic details