Abstract
Seperti air yang keruh menghakis batu. Begitulah perumpamaan yang boleh digunakan untuk penyakit darah tinggi yang merosakkan kehidupan manusia di seluruh dunia. Darsawarsa ini, penyakit darah tinggi atau hipertensi seringkali disebut sebagai ‘Silent Killer’ dalam kalangan masyarakat kerana tidak menimbulkan gejala yang jelas pada awalnya. Hal yang demikian kerana penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai faktor khusus, akan tetapi faktor seperti genetic yang diwarisi ahli keluarga, kegemukan, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini. Tekanan darah tinggi boleh memberikan kesan buruk jangka panjang kepada penghidapnya terutama melibatkan organ-organ seperti jantung dan buah pinggang. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan berlaku komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angina ahmar) dan serangan jantung. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga akan menyebabkan buah pinggang mengalami tekanan tinggi yang kronik. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada tisu buah pinggang dan selanjutkan akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Muhammad Nashiruddin UNSPECIFIED Mat Nazir, Eliy Nazira UNSPECIFIED Ramli, Nurul Annisa UNSPECIFIED Fadzil, Nur Farhan Natasha UNSPECIFIED Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Darah tinggi, duri dalam daging, penyakit kronik, ‘Silent Killer’ |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90546 |