Abstract
Dunia kanak-kanak dipenuhi dengan imaginasi dan permainan. Minda kanak-kanak yang bersih bak kain putih seharusnya diwarnai dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat untuk perkembangan tubuh badan dan minda mereka. Namun, di zaman teknologi ini, kanak-kanak mula terdedah dengan penggunaan gajet berlebihan seawal usia 2 tahun. Ketagih gajet menjadi runcing apabila ibubapa melepaskan tanggungjawab untuk melayan dan menyediakan ruang aktiviti untuk kanak-kanak di rumah dan di luar rumah. Contohnya, apabila kita ke kedai makan, kanakkanak dilihat rata-ratanya akan duduk senyap melihat gajet masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan mengganggu pertumbuhan kanak-kanak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Fitri Nurul’ain UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Gajet, kanak-kanak, teknologi, imaginasi |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90536 |