Abstract
Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan di kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Di samping mengamalkan diet dan pemakanan yang sihat, bersukan juga merupakan salah satu aktiviti yang dapat dijadikan sebagai rutin harian untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup setiap individu. Aktiviti bersukan ini semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya di kalangan kaum wanita. Dengan adanya perkembangan infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, dan gelanggang badminton serta kewujudan kawasan – kawasan lapang dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh masyarakat kita untuk melakukan aktiviti - aktiviti sukan di mana aktiviti – aktiviti ini bukan sahaja dapat dilakukan pada waktu siang malah boleh dilakukan pada waktu malam. Bersukan dapat menjamin kesihatan dan kesejahteraan diri individu kerana setiap aktiviti sukan yang dilakukan melibatkan penggunaan fizikal serta mental individu tersebut.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainol, Zamzila Erdawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Bola jarring, kesihatan, sukan, fizikal, mental |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90532 |