Abstract
Infrastruktur yang canggih, aktiviti sosial dan komersial yang dinamik, serta kemudahan penjagaan kesihatan yang progresif menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi di pusat bandar. Walaubagaimanapun, salah satu daripada banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar adalah peningkatan risiko tekanan akibat gaya hidup moden yang sibuk dan pendedahan kepada tekanan persekitaran bandar. Kesesakan dan kepadatan penduduk, kualiti alam sekitar yang terjejas, isu lalu lintas dan pengangkutan, dan ketidakseimbangan kehidupan dan alam pekerjaan kesemuanya memudaratkan kesihatan manusia, terutamanya kesejahteraan mental (Lederbogen et al., 2013). Hal ini telah menyebabkan pelbagai agensi antarabangsa serta kebangsaan mengambil inisiatif untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih berkualiti ke arah kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Othman Thani, Sharifah Khalizah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Terapi alam, mental, lensa arkitek, landskap, pengangkutan |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90525 |