Nilai perubatan jintan hitam / Siti Khalilah Haris

Haris, Siti Khalilah (2024) Nilai perubatan jintan hitam / Siti Khalilah Haris. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella sativa merupakan antara tumbuhan yang lazimnya digunakan dalam masakan sebagai rempah dan bahan perasa, kini ia sering diguna pakai sebagai tumbuhan perubatan dan dikaji khasiatnya. Berdasarkan beberapa penggunaannya secara tradisional, terdapat banyak penyelidikan secara berterusan melibatkannya yang dilaksanakan terutamanya terhadap aspek komposisi bahan kimia dan aktiviti biologinya. Aktiviti penyelidikan tersebut merangkumi kajian terhadap komponen Habbatus Sauda’ seperti biji, ekstrak, minyak dan sebatian meruapnya. Bagi masyarakat Islam, Habbatus Sauda’ dikenali sebagai penawar bagi semua penyakit kecuali kematian. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari RA yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Habbatus Sauda’ ini dapat mengubati segala jenis penyakit kecuali al-sam.” ‘Aisyah berkata, “Apa itu?” Nabi SAW bersabda, “Maut.” (Riwayat Al-Bukhari) Hadis ini dilihat sebagai satu dorongan dan panduan Rasulullah SAW kepada manusia supaya menggunakan Habbatus Sauda’ dalam merawat penyakit. Penggunaan Habbatus Sauda’ dilihat sinonim dengan tradisi masyarakat Islam, tambahan pula hadis ini merupakan hadis yang dinilai sahih.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Haris, Siti Khalilah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Perubatan, jintan hitam, Habbatus Sauda’, Nigella sativa, Islam
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90414
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90414.pdf] Text
90414.pdf

Download (1MB)

ID Number

90414

Indexing

Statistic

Statistic details