Abstract
Pengurusan kelas yang sistematik dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bermakna kepada pelajar dan pensyarah. Oleh itu, inovasi ini dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar dan pensyarah untuk merujuk dokumen berkaitan kursus sepanjang semester. Inovasi ini dinamakan MClassroom App (M Management) merujuk kepada aplikasi pengurusan kelas yang bercirikan interaktif dan informatif, dibangunkan sebagai bahan bantu untuk pengurusan PdP yang sistematik dengan menggabungkan beberapa alat (tools) seperti Mylink, Canva, Googlemeet, Padlet, Telegram, Anyflip, Google Studio, G.sheet, Wakelet, Whatsapp dan Flipgrid dalam satu aplikasi. Kandungan aplikasi ini terdiri dari course outline, arahan tugasan, rubrik pentaksiran, penghantaran tugasan yang mengandungi ruangan komen penambaikan dari pensyarah, senarai ahli kumpulan beserta topik tugasan, nota-nota kursus yang interaktif, aktiviti-aktiviti atas talian, e-kehadiran kelas dan pautan hubungi pensyarah. Aplikasi ini dibangun menggunakan kaedah penyelidikan rekabentuk dan pembangunan (DDR) yang mengandungi tiga fasa, iaitu fasa pertama membuat analisis terhadap keperluan pengguna tentang inovasi ini, manakala fasa kedua pula proses mereka bentuk aplikasi berdasarkan hasil analisis keperluan dan elemen-elemen dalam aplikasi ini disahkan oleh pakar, dan fasa ketiga membuat penilaian terhadap reka bentuk inovasi ini terhadap pengguna. Hasil dari penilaian kajian kebolehgunaan aplikasi ini terhadap 125 orang pelajar yang menggunakan aplikasi ini menunjukkan nilai min berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.16. Manakala hasil temu bual yang dilakukan terhadap empat orang pensyarah mendapati, mereka menyatakan bahawa aplikasi ini sangat membantu secara efisyen dalam mengurus proses PdP sepanjang semester. Daripada hasil kajian tersebut menunjukkan inovasi ini amat sesuai dengan situasi sekarang dan juga berpotensi digunakan pada masa akan datang kerana ia juga boleh digunakan dalam kuliah bersemuka atau tidak bersemuka.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Hamat, Wan Norina wnorina@polycc.edu.my Mohamed Yusoff, Ahmad Fkrudin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Lectures and lecturing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking |
Journal or Publication Title: | Teaching and Learning Poster Ideas (TALPI 2023) |
Page Range: | pp. 75-76 |
Keywords: | M-Classroom App; Pengurusan kelas dan dokumen PdP |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90409 |