Pelaksanaan aplikasi “Smart Financial Record Management” (S-Firm) bagi meningkatkan kecekapan merekod kewangan dikalangan pendidik masyarakat KEMAS Daerah Mersing / Nabila Hana Puteri Muda

Muda, Nabila Hana Puteri (2023) Pelaksanaan aplikasi “Smart Financial Record Management” (S-Firm) bagi meningkatkan kecekapan merekod kewangan dikalangan pendidik masyarakat KEMAS Daerah Mersing / Nabila Hana Puteri Muda. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Salah satu elemen pengurusan yang perlu diberi penekanan di TABIKA dan TASKA KEMAS ialah mengenai kewangan. Namun didapati ramai Pendidik Masyarakat (PM) tidak cekap dalam membuat rekod kewangan. Kajian ini bertujuan untuk (i) mengenalpasti tahap kecekapan dalam menguruskan Rekod Kewangan dengan menggunakan Smart Financial Record Management (S-FiRM) dikalangan PM TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Mersing Johor (ii) melihat kesan Aplikasi Smart Financial Record Management (S-FiRM) dalam pengurusan rekod kewangan PM TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Mersing Johor. Objektif ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian iaitu (i) Apakah tahap kecekapan dalam menguruskan Rekod Kewangan dengan menggunakan Aplikasi Smart Financial Record Management (S-FiRM) dikalangan PM TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Mersing Johor? (ii) Apakah kesan Aplikasi Smart Financial Record Management (S-FiRM) dalam pengurusan rekod kewangan PM TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Mersing Johor?. Sampel kajian ini terdiri daripada tiga orang PM yang dipilih berdasarkan pemantauan dan semakan kewangan yang telah dijalankan. Rekabentuk kajian ini ialah kajian tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Justeru itu dalam pelaksanaan kajian ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard 1988. Data kajian dikumpul melalui pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak. Hasil kajian didapati bahawa Aplikasi Smart Financial Record Management (S-FiRM) yang dibangunkan dapat meningkatkan kecekapan PM dalam menguruskan Rekod Kewangan di kelas masingmasing. Penyelidik mencadangkan untuk menambahbaik antara muka (interface) Aplikasi SFiRM dengan menambahkan elemen yang interaktif dari aspek rekabentuk dan warna.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muda, Nabila Hana Puteri
nabilahanaputeri86@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Lectures and lecturing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking
Journal or Publication Title: Teaching and Learning Poster Ideas (TALPI 2023)
Page Range: pp. 93-94
Keywords: Pengurusan Kewangan; Rekod Kewangan; Aplikasi Rekod Kewangan
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90397
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90397.pdf] Text
90397.pdf

Download (2MB)

ID Number

90397

Indexing

Statistic

Statistic details