Abstract
Keunikkan makanan laut tidak dapat disangkal atau diragui. Begitu banyak kajian telah membuktikan bahawa makanan laut mampu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran. Pelbagai makanan laut seperti rumpai laut menjadi semakin tular umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Spesis keluarga Caulerpa atau Latok dikenali sebagai anggur laut atau kaviar hijau. Caulerpa bukan sahaja mempunyai bentuk yang unik malah dapat memberikan pelbagai faedah terhadap kesihatan. Caulerpa mengandungi karbohidrat, protin, mineral, serat, vitamin dan lemak dan dapat memberikan khasiat kepada pelbagai aspek kesihatan. Spesis keluarga Caulerpa bukanlah suatu yang asing lagi di kalangan penduduk Asia kerana ia telah menjadi makanan asasi untuk orang tempatan. Caulerpa dihidangkan sebagai sup, salad, jus dan sebagainya. Di sesetengah wilayah, spesis ini dijadikan ubat-ubatan atau herba bagi merawat pelbagai penyakit seperti kanser, penyakit kulit, diabetes, tulang, otot, dan urat saraf.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Muhammad Nasrul UNSPECIFIED Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED Khazali, Ahmad Suhail UNSPECIFIED Asyraf, Syed Muhammad UNSPECIFIED Hashim, Aimie Rifhan UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Khazanah alam, Caulerpa, karbohidrat, protin, mineral, serat, vitamin, lemak |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90387 |