Mengapa luka saya sukar sembuh? / Nur ‘Ainun Mokhtar, Wan Nordini Hasnor Wan Ismail and Siti Nur Fadzilah Muhsain

Mokhtar, Nur ‘Ainun and Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor and Muhsain, Siti Nur Fadzilah (2024) Mengapa luka saya sukar sembuh? / Nur ‘Ainun Mokhtar, Wan Nordini Hasnor Wan Ismail and Siti Nur Fadzilah Muhsain. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Mungkin seringkali kita mengambil ringan tentang luka kita. Namun, pernah kah anda mengalami luka yang mengambil masa yang terlalu lama untuk sembuh? Jika sudah sebulan atau lebih, ia boleh menjadi petanda sesuatu yang lebih serius! Apakah itu luka? Luka adalah keadaan di mana kulit atau tisu badan mengalami kerosakan akibat daripada kecederaan, penyakit, atau pembedahan. Luka boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan terdapat pelbagai jenis, saiz, serta tahap keparahan. Secara amnya, luka akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh beberapa hari atau minggu, bergantung kepada tahap keparahan dan penjagaan yang diberikan. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan luka. Luka yang tidak sembuh atau lambat sembuh boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan, parut, atau kehilangan fungsi badan. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti puncapunca luka sukar sembuh dan petanda untuk mendapatkan rawatan profesional.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90385.pdf]
Text
90385.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics