Abstract
Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals-SDG) telah dibentangkan pada tahun 2015 semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ia berfungsi sebagai kerangka tindakan untuk memastikan masa depan yang mampan, inklusif, dan tanpa peninggalan untuk penduduk dunia menjelang tahun 2030. Program ini berpaksikan kepada 5P iaitu manusia, planet, kemakmuran, keamanan, dan perkongsian. SDG merangkumi 17 matlamat melalui 169 sasaran ukuran, yang diterima pakai oleh semua 193 negara anggota PBB, termasuk Malaysia. Kerjasama global ini komited untuk menangani pelbagai isu global seperti pembangunan sosial dan ekonomi, kemiskinan, kelaparan, pendidikan berkualiti, pemanasan global, kualiti air dan sanitasi, urbanisasi, perubahan iklim, alam sekitar, keadilan sosial serta aspek kesihatan dan kesejahteraan, yang diukur melalui pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan yang ketiga (SDG3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhsain, Siti Nur Fadzilah UNSPECIFIED Mokhtar, Nur ‘Ainun UNSPECIFIED Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | SDG 3, kesihatan, kesejahteraan, pemanasan global, kualiti air, sanitasi |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90301 |