Abstract
Membantu penanaman semula pokok paya bakau adalah satu cara yang berkesan untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal, SDG) 15, yang dikenali sebagai "Kehidupan di Tanah" atau "Life on Land." SDG 15 bertujuan untuk memelihara dan memulihara ekosistem daratan, meredakan pembalakan haram, menghentikan kemerosotan biodiversiti, dan memulihara kawasan berhutan, antara objektif lain. Program ini telah diadadakan bersama pelajar-pelajar MGT538 dan dikutuai oleh Mohammad Idil. Program ini telalh berkolaborasi Bersama pihak NGO, iaitu Malaysian Nature Society dan dinaungi oleh Mr Vutty. Berikut adalah beberapa langkah yang diambil untuk menjalankan aktiviti komuniti servis untuk memacu kelastarian keusahawanan social untuk dalam bentuk penanaman semula pokok paya bakau: Penyelidikan dan Pemilihan Lokasi: Kenalpasti kawasan yang memerlukan penanaman semula pokok paya bakau. Lakukan kajian mengenai jenis-jenis pokok yang sesuai untuk Kawasan tersebut dan faktor-faktor lain seperti pasang surut air laut dan kualiti tanah. Kerjasama dengan Pihak Berkepentingan: Gandingkan tenaga dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti setempat. Membentuk kerjasama yang kuat adalah penting untuk mendapatkan sokongan dan sumber daya yang diperlukan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Asiah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Planet MASMED |
ISSN: | 2805-5535 |
Keywords: | Keusahawanan, sosial, UiTM, Negeri Sembilan, Kuala Pilah, MGT538, Pokok Paya Bakau, Lukut |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90256 |