Abstract
Isu peniaga culas dalam meletakkan tanda harga pada barang jualan sering disuarakan oleh para pengguna dan turut mendapat liputan daripada media tempatan. Penguatkuasaan tanda harga barangan jualan mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1977 dengan 111 barangan terpilih sahaja. Dahulunya ia dikenali sebagai Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1977 dan kini telah diganti dengan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993, merangkumi semua jenis barangan, sama ada ia dijual di kedai runcit, pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasaraya besar, pasar mini, kiosk, kedai sukan, kedai emas, butik pakaian, aksesori mahupun lain-lain perniagaan yang menjual secara runcit kepada pengguna akhir. Penandaan harga barangan ini boleh dilakukan oleh para peniaga dalam pelbagai cara, warna dan saiz asalkan ia jelas untuk dilihat, tidak mengelirukan pengguna dan hendaklah dinyatakan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Idris, Wan Mohd Rizlan UNSPECIFIED Md Rashid, Siti Nafisah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Planet MASMED |
ISSN: | 2805-5535 |
Keywords: | Perniagaan, pasar malam, pasaraya besar, pasar mini, kiosk, kedai sukan, kedai emas, butik pakaian |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90250 |