Gelagat keusahawanan Rasulullah S.A.W / Dr. Rossidi Usop

Usop, Rossidi (2023) Gelagat keusahawanan Rasulullah S.A.W / Dr. Rossidi Usop. Planet MASMED. ISSN 2805-5535

Abstract

Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh teladan yang boleh dijadikan panduan bagaimana seseorang usahawan itu ingin berjaya. Sebelum menerima wahyu pertama yang menandakan perlantikan baginda menjadi nabi bagi kaumnya, baginda telah berkecimpung didalam dunia keusahawanan selama 25 tahun. Apakah rahsia perniagaan Rasulullah S.A.W? disini diserta beberapa tips perniagaan baginda yang boleh dijadikan panduan khasnya kepada usahawan Islam. Rasulullah S.A.W sepanjang menjadi seorang peniaga, baginda mengelakkan diri dari berdebat atau bertengkar dengan para pelanggan baginda, bahkan baginda ketika menjadi seorang peniaga turut tidak pernah menyakiti hati pesaing-pesaing perniagaan baginda. Perkara ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Rasulullah S.A.W sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah S.A.W. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah. S.A.W. Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Usop, Rossidi
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Keywords: Keusahawanan, Rasulullah S.A.W, teladan, rahsia perniagaan
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90227
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90227.pdf] Text
90227.pdf

Download (935kB)

ID Number

90227

Indexing

Statistic

Statistic details