Program Unite For Humanity: menggalakkan semangat generasi muda menjadi ahli sukarelawan / Siti Aishah Mohd Shafie ... [et al.]

Mohd Shafie, Siti Aishah and Mohd Yusop, Noorezatty and Azlan, Nuralina and Md Noh, Nor Akmal (2023) Program Unite For Humanity: menggalakkan semangat generasi muda menjadi ahli sukarelawan / Siti Aishah Mohd Shafie ... [et al.]. Buletin ICAN. ISSN 2811-3802

Abstract

Cabaran generasi muda kini melibatkan banyak aspek kehidupan yang perlu dipertimbangkan agar mereka dapat berjaya dan mempertahankan kehidupan yang seimbang dan bermakna. Beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh generasi muda hari ini termasuklah masalah kesihatan mental, pengangguran dan ketidakteraturan ekonomi, serta pengaruh teknologi dan media sosial dalam keseimbangan hidup. Maka, generasi muda masa kini perlu mengembangkan kemahiran seperti pemikiran kritis, keupayaan mengelola emosi, keterampilan berkomunikasi dan beradaptasi, serta memupuk hasrat untuk belajar dan berinovasi. Generasi muda, khususnya di kalangan mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sebuah negara. Mereka merupakan harapan untuk masa depan yang lebih baik dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan anak muda ini. Penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti sukarelawan adalah kunci dalam membentuk generasi pemimpin yang memiliki jiwa kebajikan dan kesedaran sosial yang tinggi. Sehubungan itu, pada 19 Disember 2022, program “Unite for Humanity” telah dianjurkan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berbakti kepada masyarakat setempat walau dalam apa jua keadaan negara dengan sifat-sifat toleransi, kasih sayang dan kepimpinan yang baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Shafie, Siti Aishah
UNSPECIFIED
Mohd Yusop, Noorezatty
UNSPECIFIED
Azlan, Nuralina
UNSPECIFIED
Md Noh, Nor Akmal
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: Ekonomi, positif, mahasiswa, emosi
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90189
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90189.pdf] Text
90189.pdf

Download (507kB)

ID Number

90189

Indexing

Statistic

Statistic details