Abstract
Teknologi internet yang menjadi budaya hidup masa kini telah terbukti mampu untuk memberikan banyak kemudahan kepada masyarakat tanpa mengira aspek, bidang dan sektor. Dalam bidang pendidikan, signifikan penggunaan teknologi internet amat berkesan dan mampu untuk membantu pelajar dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam perkongsian ilmu. Namun begitu sikap pelajar dan remaja yang terlalu asyik dan leka dengan gajet telefon pintar masingmasing dalam penggunaan teknologi internet ini boleh menyumbang kepada kesan negatif kepada tumpuan mereka terhadap sesuatu yang lebih penting dalam hidup mereka iaitu pelajaran. antara kesan sampingan yang dialami oleh pelajar disebabkan pendedahan yang terlalu luas kepada kemudahan internet adalah pelajar kurang memberi tumpuan atau fokus kepada pelajaran dan juga pelajaran mereka terganggu disebabkan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti ulangkaji.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Norazlin UNSPECIFIED Ngah, Nor Syamaliah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Keywords: | Teknologi, internet, remaja, pendidikan |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90121 |