Abstract
Sebagai usaha memperkaya ilmu kepada para pelajar, satu program syarahan jemputan pihak industri telah dianjurkan oleh pelajar semester 2, Persatuan Pelajar Teknologi Tekstil (TEXSAS). pada 9 Jun 2023 (Jumaat) bermula jam 2.00 sehingga 5.00 petang. Tajuk syarahan “Fabric Quality Control: An Industrial Practice” telah disampaikan oleh Cik Umi Hamurni binti Yusoff, Pegawai Kawalan Kualiti (Quality Control Officer) dari Recron (M) Sdn. Bhd. Yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan, yang juga merupakan alumni program Diploma Teknologi Tekstil, kohort 2011-2014. Sesi pertemuan bersemuka ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu untuk menambah pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi melalui pendedahan tentang teknologi pembuatan fabrik yang digunakan oleh pihak industri.Selain itu, program seumpama ini telah mencapai objektif untuk mendekatkan para pelajar dengan industri serta lebih bersedia untuk menghadapi realiti kehidupan di alam pekerjaan kelak. Di samping itu, program syarahan jemputan ini turut memberi nilai tambah berkenaan aspek kepimpinan dan pengurusan program kepada para pelajar yang terlibat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Atiyyah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Keywords: | Fabric quality, Diploma Teknologi Tekstil, syarahan, Nilai, Negeri Sembilan |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90118 |