Abstract
ChatGPT adalah salah satu platform komunikasi berteraskan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh OpenAI. Platform ini mampu memberikan respon kepada pelbagai pertanyaan dengan maklumat yang meluas, dan ini termasuk dalam bidang keselamatan makanan. Keselamatan makanan adalah aspek yang kritikal dalam industri makanan. Ini merangkumi pengawalan penyakit berjangkit daripada makanan, memastikan makanan bebas daripada bahan kimia berbahaya dan memastikan makanan yang dihasilkan mematuhi standard keselamatan makanan yang ditetapkan. Oleh yang demikian, satu kursus telah dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) pada 4 Ogos 2023 bagi memberi pendedahan tentang bagaimana ChatGPT boleh diintegrasikan dalam bidang keselamatan makanan. Dengan bantuan ChatGPT, kakitangan boleh mendapatkan maklumat mengenai prosedur, piawaian, dan garis panduan keselamatan makanan dengan cepat. Selain itu, kursus ini juga memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi secara langsung dengan sistem ChatGPT, meningkatkan kefahaman mereka dan memastikan mereka boleh menggunakan alat ini dengan berkesan dalam tugas harian mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hajar, Nadya UNSPECIFIED Mohamad, Naemaa UNSPECIFIED Tan, Eddie Ti Tjih UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Keywords: | ChatGPT, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, JKNNS |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90104 |