Abstract
Semangat sukarelawan bukanlah satu perkara yang asing dan baharu dalam Masyarakat kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kebiasaan kehidupan masyarakat sejak zaman berzaman. Sukarela bermaksud bekerja atas kemahuan sendiri dan tanpa dipaksa. Sumbangan kesukarelawanan kepada individu dapat dilihat menerusi aspek pembangunan personal, sosial, kemahiran, kerjaya dan akademik. Bagi masyarakat pula, penglibatan dalam kesukarelawanan dapat memperkuat dan memperkasakan komuniti, meningkatkan integrasi sosial, membina kepercayaan dan ikatan sosial yang kuat, meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Hal ini turut didukung menerusi agenda Malaysia Madani dalam teras yang keempat iaitu “Ihsan” yang menerapkan belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan. Ihsan dalam konteks Malaysia Madani ditafsirkan cukup sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan, iaitu mengasihi orang lain merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan anggota masyarakat secara keseluruhan termasuk golongan minority. Perasaan ihsan digambarkan mewakili soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi membantunya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharil, Suhaila UNSPECIFIED Sokhibul Fadil, Siti Aishah UNSPECIFIED Noor Hussin, Muhammad UNSPECIFIED Mohd Zhaffar, Nursafra UNSPECIFIED Bahori, Adibah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Keywords: | Sukarelawan, Ihsan, Malaysia Madani, komuniti |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90055 |