Abstract
Setiap pelajar yang mendaftar di mana-mana institusi pengajian tinggi adalah terikat dengan peraturan kampus dan universiti agar keharmonian dan kesentosaan dalam kampus dapat dijunjung dan dimartabatkan. Di Universiti Teknologi MARA, Akta 174 adalah akta yang tidak asing lagi kepada para pelajar kerana mereka telah diperkenalkan dengan Akta 174tersebut pada sesi Minggu Destini Siswa (MOS). Slot Akta 174 pada MOS yang disampaikan oleh pensyarah undang-undang akan menyentuh tentang peraturan, kesalahan, tindakan tatatertib dan rayuan. Akta 174 merupakan Akta lnstitusi-lnstitusi pelajaran (Tatatertib) 1976 yang diperkenalkan pada 1 Jun 1976. Terdapat enam bahagian dalam Akta tersebut iaitu Permulaan, Pihak Berkuasa Tatatertib, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajar Lain, Kesalahan, Peralihan, Am dan turut terkandung Jadual Pertama, Jadual Kedua juga Jadual Ketiga.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Farihana UNSPECIFIED Azmi, Amylia Fuziana UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Universiti Teknologi MARA, Akta 174, prosiding, tatatertib, pelajar |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90054 |