Abstract
Artikel ini digarap untuk tatapan para pelajar dan sebagai peringatan akan kesan dan akibat melanggar peraturan-peraturan Peperiksaan Akhir. Penulis berkongsi kisah benar yang mana namanama pihak terlibat telah ditukarkan bagi menjaga kerahsiaan dan maklumat sulit serta reputasi pihak-pihak yang terbabit. Semoga kisah benar yang dizahirkan ini dibaca, ditampal dan disemat | kemas di hati dan minda anak-anak didik agar tiada lagi wujudnya “Fatimah Sulong” yang mendapat keputusan FD “Failed with Disciplinary Action”. Penulis terpanggil untuk menulis kisah ini kerana setiap semester, pada musim peperiksaan akhir, pasti akan ada tanpa gagal kes-kes seperti “Fatimah Sulong”. Perlu diingatkan kepada para pelajar, apabila di transkrip keputusan telah tertera dengan jelas “FD” secara tidak langsung memberi impak kepada pelajar ketika memohon kerja suatu masa nanti. Impak “FD” dapat dilihat dari sudut lensa majikan bahawa pemohon mempunyai masalah etika disiplin, tidak bertanggungjawab, tiada nilai-nilai amanah, integriti dan seterusnya bakal menyulitkan majikan sekiranya diambil bekerja. Sebelum “nasi menjadi bubur”, penulis menggunakan medan buletin Lex Read edisi ke-3 untuk berkongsi kisah benar yang terjadi agar Isu meniru, membawa nota ke dalam dewan peperiksaan khususnya dapat diatasi dengan jayanya. Penulis merupakan Penasihat Undang-undang kes tatatertib Hal Ehwal Akademik yang telah dilantik untuk mendengar serta menasihati para panel tatatertib berkaitan undang-undang dan Akta 174. Beliau juga turut hadir dan terlibat pada sidang | kes tatatertib Fatimah Sulong.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shariffuddin, Norashikin UNSPECIFIED Syed Hamid, Sharifah Shatrah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Peperiksaan akhir, bertanggungjawab, amanah, integriti |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90051 |