Permainan berasaskan pembelajaran menggunakan M-Bouncy Dice untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak taska/ Nor’asihkin Sabtu

Sabtu, Nor’asihkin (2023) Permainan berasaskan pembelajaran menggunakan M-Bouncy Dice untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak taska/ Nor’asihkin Sabtu. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Keyakinan diri merupakan elemen penting dalam diri kanak-kanak. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat kesan permainan berasaskan pembelajaran menggunakan M- Bouncy Dice ke dalam meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Kajian ini untuk menjawab persoalan kajian apakah kesan kesan permainan berasaskan pembelajaran menggunakan M- Bouncy Dice dalam meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak? Justeru itu, rekabentuk kajian yang digunakan adalah menggunakan kitaran kajian tindakan Kemmis & Mctaggart (1988). Kaedah pengumpulan data menggunakan teknik pemerhatian, temubual separa berstruktur dan analisis dokumen. Sampel kajian ini melibatkan seorang
kanak-kanak TASKA empat tahun yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri di hadapan pendidik dan kanak-kanak lain. Senarai semak National Child Data Centre (NCDC) digunakan dalam kajian ini menunjukkan pasca ujian lebih tinggi peningkatannya berbanding pra ujian setelah menjalani intervensi. Implikasi daripada intervensi yang telah dilaksanakan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak melalui suara yang jelas dan reaksi yang berani. Cadangan untuk menambah baik intervensi yang dibuat adalah dengan menukar kain felt pada setiap permukaan dengan pelbagai tema dan aktiviti mengikut enam perkembangan kanak-kanak. Di samping itu, cadangan seterusnya adalah mewujudkan satu model prototaip bermain sambil belajar menggunakan MBouncy Dice untuk diperkenalkan dahulu kepada pendidik-pendidik Tabika/Taska agar permainan ini dapat diseragamkan konsep penggunaanya supaya ianya dapat digunapakai semasa aktiviti pembelajaran dilaksanakan. Selain itu, Penjanaan Kod QR menggunakan pautan sedia ada yang berkaitan pembelajaran bagi memudahkan kanak-kanak dan pelbagai lapisan masyarakat mengakses pautan tersebut melalui telefon.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sabtu, Nor’asihkin
norasihkinsabtu1987@gmail.com
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking
Journal or Publication Title: TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023)
Page Range: pp. 95-96
Keywords: Keyakinan diri; Motivasi Diri; Kod QR
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89970
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89970.pdf] Text
89970.pdf

Download (2MB)

ID Number

89970

Indexing

Statistic

Statistic details