Abstract
Kertas penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif, menumpukan aspek penyelidikan berkaitan dengan Amalan Rasuah Dalam Sistem Pentadbiran Awam. Hasil penyelidikan terbahagi kepada 5 Bab. Dalam Bab 1 membincangkan aspek Pengenalan Kajian yang membincangkan secara terperinci berhubung dengan konsep dan pendekatan sifat organisasi dan sosiologi rasuah dalam masyarakat. Metadologi, konstren kajian, hipotesis, literature review turut dihuraikan sebagai asas kemantapan kajian. Sementara itu Rasuah Dalam Sistem Pentadbiran dibincangkan dalam Bab 2. Dalam bab ini penyelidik membincangkan bentuk-bentuk rasuah, pengaruh dan fungsi rasuah dalam sistem pentadbiran. Konteks perbincangan juga menyentuh konsep persekitaran masyarakat yang saling berkaitan dengan aspek persekitaran organisasi yang membentuk sosiologi rasuah. Dengan yang demikian, bab 2 akan membuka kefahaman pembaca berkaitan dengan aspek rasuah. Jenis-jenis kesalahan rasuah serta pemakaian Akta untuk tujuan pendakwaan dibincangkan dalam Bab 3. Setiap jenis kesalahan diperuntukkan dengan penalti mengikut seksyen-seksyen tertentu dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. Bab 3 juga menyentuh analisa punca-punca berlaku rasuah dalam sistem pentadbiran kerajaan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Madehi, Rahmatullah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | rasuah, sistem pentadbiran awam, Sarawak |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89483 |
Download
89483.pdf
Download (900kB)