Abstract
Pengurusan kewangan negara memastikan bahawa sumber kewangan negara digunakan secara cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan dan matlamat pembangunan negara. Percukaian merupakan satu instrumen fiskal yang dominan dalam usaha kerajaan menjana pendapatan negara. Kerajaan berperanan besar bagi meningkatkan hasil pendapatan negara terutamanya melalui kaedah percukaian agar dapat melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan sosial dengan lebih efisien. Hasil cukai yang dikutip kerajaan menunjukkan peningkatan setiap tahun, dan kekal sebagai hasil utama Malaysia sehingga 2022 lalu. Cukai menghasilkan kutipan sebanyak RM208.8 bilion, iaitu menyumbang 70.9% daripada jumlah keseluruhan hasil negara (Kementerian Kewangan Malaysia, 2023). Angka ini memberikan keyakinan kepada kerajaan akan keperluan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat tentang kepentingan kutipan cukai yang efisien dilaksanakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat, Mustafa Kamal UNSPECIFIED Azis, Saflina UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN S3 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | Cukai, instrumen fiscal, Kementerian Kewangan Malaysia |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89193 |