Tinjauan bacaan : penghasilan protease melalui kaedah fermentasi mikrob / Nursyuhadah Othman, Darah Ibrahim and Wan Nordini Hasnor Wan Ismail

Othman, Nursyuhadah and Ibrahim, Darah and Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor (2013) Tinjauan bacaan : penghasilan protease melalui kaedah fermentasi mikrob / Nursyuhadah Othman, Darah Ibrahim and Wan Nordini Hasnor Wan Ismail. Esteem Academic Journal, 9 (2). pp. 76-86. ISSN 1675-7939

Download

Full text not available from this repository.

Abstract

Enzim adalah suatu protein globul yang dihasilkan oleh sel-sel hidup yang
seterusnya akan digunakan untuk memangkinkan tindak balas biokimia yang
spesifik. Ciri enzim adalah bersifat spesifik dalam setiap tindak balas yang
dimangkinkannya, bertindak pada kadar penukaran yang tinggi dan
mempamerkan tindak balasnya pada keadaan fisiologi yang tertentu. Enzim
protease merupakan enzim yang memangkinkan penguraian ikatan polipeptida
di dalam molekul protein kompleks. Enzim protease, (EC 3.4.21-24), terdapat
di dalam mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan. Walau bagaimanapun,
mikroorganisma adalah sumber yang lebih digemari kerana pertumbuhannya
yang cepat, tidak menggunakan ruang yang luas untuk proses pengkulturan
dan mudah dimanipulasi secara genetik untuk menghasilkan enzim-enzim baru
yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kaedah pemfermentasian mikroorganisma bagi menghasilkan protease lebih digemari kerana ia dapat
mengurangkan kos apabila substrat yang digunakan terdiri daripada sisa
pertanian atau sisa domestik. Enzim protease mempunyai pelbagai kegunaan
dalam pelbagai industri bagi memudahkan kehidupan kita seharian. Selain itu,
kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya menggunakan produkproduk
bioteknologi dalam urusan harian berbanding penggunaan bahan
sintetik yang boleh mencemarkan alam sekitar dan memerlukan tenaga buruh
yang ramai, misalnya dalam pengurusan dan pemprosesan sisa, telah
meningkatkan lagi permintaan terhadap penghasilan enzim protease

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
Othman, Nursyuhadah
UNSPECIFIED
Ibrahim, Darah
UNSPECIFIED
Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QP Physiology > Animal biochemistry
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 76-86
Item ID: 8911
Uncontrolled Keywords: Enzyme; protease; catalyst; microbes; fermentation
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8911

ID Number

8911

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item