Pengasas produk dan pengilang OEM: kerjasama tembusi pasaran dengan cepat dan mudah / Nur Fadhlina Zainal Abedin and Dr. Faridah Pardi

Zainal Abedin, Nur Fadhlina and Pardi, Faridah (2023) Pengasas produk dan pengilang OEM: kerjasama tembusi pasaran dengan cepat dan mudah / Nur Fadhlina Zainal Abedin and Dr. Faridah Pardi. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525

Abstract

Kebelakangan ini, terdapat kemunculan pengasaspengasas pelbagai produk seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ini kerana di Malaysia, Industri Pengilang Peralatan Asal atau istilah Inggeris nya; Original Equipment Manufacturer (OEM) telah berkembang menjadi sebuah alternatif mudah dalam merealisasikan konsep perniagaan mereka tanpa perlu menangani kerumitan menubuhkan fasiliti pembuatan sendiri. Permintaan terhadap OEM di Malaysia bukan sahaja daripada usahawan tempatan tetapi juga daripada syarikat global secara amnya. Pada asasnya, OEM melibatkan kerjasama antara dua pihak iaitu pengasas produk dan pengilang OEM yang berkepakaran dan bertauliah. Ia adalah perkongsian dinamik di antara dua pihak ini di mana idea produk pengasas (konsep, spesifikasi, dan pandangan pasaran) menjadi kenyataan melalui kepakaran pengilang OEM yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan teknikal dalam pengeluaran. OEM memberi pelbagai faedah kepada pengasas produk termasuk dapat menghasilkan produk dengan kos dan risiko yang lebih rendah berbanding membina fasiliti pengeluaran sendiri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abedin, Nur Fadhlina
UNSPECIFIED
Pardi, Faridah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Keywords: Perniagaan, pengilang, Original Equipment Manufacturer, OEM
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89027
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89027.pdf] Text
89027.pdf

Download (3MB)

ID Number

89027

Indexing

Statistic

Statistic details