Kepimpinan: usahawan burger berjaya: Dato’ Dr Ramly Mokni / Iskandar Ariffin, Bashir Ahmad Shabir Ahmad and Mohd Elfee Ab Rashidli

Ariffin, Iskandar and Shabir Ahmad, Bashir Ahmad and Ab Rashidli, Mohd Elfee (2023) Kepimpinan: usahawan burger berjaya: Dato’ Dr Ramly Mokni / Iskandar Ariffin, Bashir Ahmad Shabir Ahmad and Mohd Elfee Ab Rashidli. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525
Abstract

Berani mengambil risiko merupakan salah satu ciri penting yang perlu wujud dalam diri seseorang usahawan. Ciri ini membezakan seseorang usahawan dengan usahawan yang lain. Ini kerana risiko yang diambil perlu diiringi dengan penelitian yang tajam dan berhati-hati. Begitulah ciri yang terdapat dalam diri usahawan Melayu Islam yang terkenal iaitu Dato' Ramly bin Mokni, pemilik Ramly Food Processing Sdn. Bhd. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 13 Julai 1984 dan fokus pada industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama Ramly. Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah antara produk yang amat diminati ramai. Berkat kesungguhan beliau, akhirnya syarikatnya telah berjaya berkembang. Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Ramly Mokni Marketing Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Mokni Bakery Sdn. Bhd adalah contoh anak-anak syarikat miliknya. Sebagai tambahan, syarikatnya telah menerima tiga kali Anugerah dari Bank Pembangunan, "Anugerah Projek Terbaik" (1982), "Pembangunan Pelanggan Anugerah" (1984) dan “Anugerah usahawan Jaya" (1992).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 89004.pdf]
Text
89004.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics