Abstract
Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) telah berjaya menganjurkan persidangan secara dalam talian 3rd Virtual International Symposium on Sciences 2023 (3rd VISoS 2023) pada 5 hingga 6 September 2023 yang lalu melalui platform Zoom. Simposium secara dalam talian kali ke-3 ini adalah rentetan daripada kejayaan program VSoS 2020 dan VSoS 2021 yang telah diadakan pada tahun 2020 dan 2021. Simposium VISoS 2023 telah dijenamakan semula kepada VISoS dengan penglibatan peserta dan penceramah dari luar negara. VISoS 2023 yang mengetengahkan tema “Research Empowerment through Multidisciplinary Sciences” telah berjaya mengumpulkan para pelajar dan penyelidik daripada universiti awam dan swasta serta institusi penyelidikan dari dalam dan luar negara. Umumnya, penyelidikan pelbagai disiplin (multidisciplinary) boleh membantu menjalin hubungan baik dengan rakan sekerja dalam disiplin yang lain dan seterusnya meningkatkan jaringan kolaborasi terutamanya dalam kalangan penyelidik muda. Di samping itu, penyelidikan pelbagai disiplin juga akan meningkatkan kesan dan ketampakan kemajuan sesuatu disiplin.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Khalid, Wan Elina Faradilla UNSPECIFIED Jani, Nor Akmalazura UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 11 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Simposium, Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, UiTM, Negeri Sembilan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88993 |