Festival Bahasa 2023 (FESTBA 2023) / Syahirah Almuddin ... [et al.]

Almuddin, Syahirah and Hashim, Norshida and Mohd Ali, Siti Nur Dina and Bazlan, Anis Shahira and Abdul Aziz, Nurulnabilah (2023) Festival Bahasa 2023 (FESTBA 2023) / Syahirah Almuddin ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Festival Bahasa merupakan sebuah program kolaborasi di antara Persatuan Bahasa Arab (PBA) dan Eagles English Club (Kelab EAGLES) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Kampus Kuala Pilah yang dilaksanakan pada setiap semester. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada semester semester sebelum ini secara dalam talian dan bersemuka. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Berikutan kejayaan itu, Persatuan Bahasa Arab dan Eagles English Club sekali lagi telah menganjurkan program ini yang dikenali dengan nama FESTBA2023. Program ini telah dijalankan bermula 5 Jun sehingga 16 Jun 2023 dengan menyasarkan penglibatan daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol. Terdapat sedikit kelainan dalam program FESTBA yang diadakan pada kali ini. Hal ini kerana, program yang telah dijalankan melibatkan program FESTBA di dalam kampus dan program kemasyarakatan FESTBA di Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas Johol yang melibatkan murid sekolah sebagai peserta. Pada semester Mac 2023-Ogos 2023, PBA telah menerajui program ini di bawah pimpinan Puan Syahirah Almuddin dan Puan Norshida Hashim yang merupakan penasihat PBA, bersama dengan ahli jawatankuasa PBA di bawah pimpinan Saudari Nur Fatihah Noorazlan, yang juga merupakan pengarah program FESTBA2023 kali ini. Program ini turut dijayakan oleh Puan Siti Nor Dina Haji Mohd Ali, Puan Anis Shahira Bazlan dan Puan Nurulnabilah Abdul Aziz selaku penasihat Eagles English Club.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Almuddin, Syahirah
UNSPECIFIED
Hashim, Norshida
UNSPECIFIED
Mohd Ali, Siti Nur Dina
UNSPECIFIED
Bazlan, Anis Shahira
UNSPECIFIED
Abdul Aziz, Nurulnabilah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 11
ISSN: 2682-7948
Keywords: Festival Bahasa, FESTBA, UiTM, Negeri Sembilan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88958
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88958.pdf] Text
88958.pdf

Download (2MB)

ID Number

88958

Indexing

Statistic

Statistic details