Keperluan pembangunan portal keusahawanan tahfiz di negeri Selangor / Nur Farhanah Izzati Turiman

Turiman, Nur Farhanah Izzati (2023) Keperluan pembangunan portal keusahawanan tahfiz di negeri Selangor / Nur Farhanah Izzati Turiman. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pada hari ini, pengguna atau pembeli Malaysia lebih cenderung membeli secara atas talian. Hal ini kerana barang-barang mudah didapati selaras dengan penggunaan internet yang telah bertambah dari semasa ke semasa. Konsep e-dagang dapat memberi kelebihan kepada penjual dari sudut pemasaran dan juga dapat meningkatkan hasil jualan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah pemasaran produk dan perkhidmatan yang tidak efektif menyebabkan lambakan produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di pasaran Malaysia kerana ITS menggunakan medium pemasaran berasingan dan menyumbang kepada ketidakseragaman aktiviti keusahawanan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti produk keusahawanan tahfiz yang berada di pasaran negeri Selangor, menghuraikan strategi pemasaran berkesan untuk produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) dan menganalisis keperluan pembangunan portal bersepadu bagi produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif kajian kes untuk mengumpul data melalui temu bual semi-struktur terhadap pengetua/pengarah/pengasas ITS terpilih di Malaysia dan pakar-pakar dalam bidang keusahawanan di Universiti Awam (UA) serta Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ITS terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti pertanian dan penternakan, produk makanan dan keperluan rumah serta perkhidmatan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Turiman, Nur Farhanah Izzati
2019178485
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Anas, Norazmi
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana (Pengajian Islam Kontemporari) – IC780
Keywords: Portal, e-dagang, keusahawanaan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88905
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88905.pdf] Text
88905.pdf

Download (224kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

88905

Indexing

Statistic

Statistic details