Pendidikan Islam anak-anak mualaf di Negeri Terengganu / Asma’ Fakhruddin

Fakhruddin, Asma’ (2023) Pendidikan Islam anak-anak mualaf di Negeri Terengganu / Asma’ Fakhruddin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pendidikan Islam yang merangkumi komponen seperti akhlak, akidah, syariah dan ibadah perlu dipelajari oleh setiap manusia termasuk mualaf. Anak pula merupakan anugerah Allah SWT kepada hambaNya mestilah dipelihara dan diberikan pendidikan Islam termasuklah golongan anak mualaf yang perlu diberikan perhatian lebih serius. Namun, segelintir ibu bapa mualaf khususnya di Terengganu gagal mengembangkan identiti mualaf sebagai seorang Muslim disebabkan oleh kurangnya pengetahuan, pemahaman dan penghayatan Islam, dilihat bakal mengancam pendidikan Islam anak mualaf meskipun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menyediakan pendidikan Islam meliputi aktiviti, program dan kelas bimbingan agama kepada anak-anak mualaf. Apatah lagi, kajian yang menumpukan pendidikan anak mualaf kurang dilakukan sedangkan perkara ini mustahak dan perlu diberikan perhatian mendalam kerana kelompangan dalam memberikan pendidikan Islam mereka sejak kecil akan menggugat pengetahuan, kefahaman dan pengamalan Islam pada diri kepada anak-anak mualaf sehingga dibimbangi akan menjurus kepada kejadian murtad dengan mudahnya kelak terutamanya sewaktu di usia belia mereka sekiranya situasi ini dibiarkan berlanjutan. Justeru, kajian ini telah mengenal pasti dan merencami tahap pengetahuan dan kefahaman anak-anak mualaf di kelas bimbingan agama MAIDAM Terengganu terhadap komponen pendidikan Islam, faktor yang mempengaruhinya serta cabaran yang dihadapi.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Fakhruddin, Asma’
2020185239
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Awang, Azarudin
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana (Pengajian Islam Kontemporari) – IC780
Keywords: Pendidikan Islam, anak-anak mualaf, Terengganu
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88729
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88729.pdf] Text
88729.pdf

Download (198kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

88729

Indexing

Statistic

Statistic details