Amalan dakwah melalui penulisan dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah menengah / Siti Zakiah Bahron

Bahron, Siti Zakiah (2023) Amalan dakwah melalui penulisan dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah menengah / Siti Zakiah Bahron. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Dakwah melalui penulisan sangat diperlukan dalam kalangan guru Pendidikan Islam(GPI). Ini kerana GPI bukan sahaja berperanan sebagai murabbi, mudarrib, muraji',muaddib dan mudarris dalam bidang akademik semata-mata bahkan berperanan dalam memberi pengisian yang bermanfaat kepada pembaca khususnya murid di sekolah.Walau bagaimanapun, penglibatan GPI dalam aktiviti penulisan kurang mendapat sambutan. Situasi ini disebabkan kekangan masa GPI di sekolah dan kekurangan panduan penulisan yang bermanfaat oleh pendakwah. Pemahaman GPI terhadap makna dakwah melalui penulisan, strategi serta faktor pendorong kepada penglibatan GPIdalam dunia penulisan dakwah akan memudahkan mereka menyampaikan dakwah Islamiah dan secara tidak langsung dapat memperkasa profesion perguruan. Justeru,kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman GPI terhadap makna dakwah melalui penulisan serta strategi yang digunakan dalam membudayakan penulisan dakwah.Seterusnya faktor-faktor pendorong dalam melaksanakan amalan penulisan in turut diteliti secara mendalam. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan rekabentuk kajian kes. Data dikumpulkan menggunakan temu bual dan analisis dokumen.Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 22.2.4.0. Pemilihan peserta kajianadalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai enam orang GPI yang aktif menulis di semenanjung Malaysia. Kajian mendapati GPI mempunyai kefahaman yang jelas tentang makna dakwah melalui penulisan berdasarkan tema yang terbentuk iaitu;alternatif dakwah, matlamat penulisan dan sasaran penulisan. GPI didapati mengaplikasi strategi penulisan dakwah melalui teknik penulisan, jenis penulisan serta pendekatan bahasa. Dapatan mengenai amalan penulisan ini menunjukkan keselarian antara kefahaman guru dengan strategi dalam penulisan. Kejayaan sebagai penulis dakwah dipengaruhi oleh faktor pendorong yang terdiri daripada faktor dalaman danfaktor luaran. Amalan menulis dalam kalangan GPI perlu diterapkan sebagai mekanisme dakwah di samping meningkatkan profesionalisme perguruan. Dapatankajian ini dapat mengembangkan lagi konsep dakwah melalui penulisan dan menghasilkan satu model amalan dakwah melalui penulisan serta kerangka model penulisan dakwah berasaskan pendekatan bahasa. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan untuk melahirkan ramai penulis baharu dalam kalangan GPI serta penulisdakwah novis dalam masyarakat.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bahron, Siti Zakiah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
binti Mohd Zhaffar, Nursafra (Dr.)
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Islam, dakwah, guru
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88714
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88714.pdf] Text
88714.pdf

Download (18kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

88714

Indexing

Statistic

Statistic details