Abstract
Pada 9 Jun 2023, telah berlangsungnya program khidmat masyarakat bagi tahun 2023 di bawah anjuran Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) yang bertemakan jalinan kasih. Program jalinan kasih ini merupakan program khas bersama Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN). Kanak-kanak yang telah didiagnosis menghidap penyakit kanser ini dipilih daripada Friend Of Childhood Cancer Northern-M (FOCCAN) iaitu sebuah persatuan sahabat kanak-kanak kanser Wilayah Utara yang ditubuhkan khas bagi memberi sokongan kepada keluarga serta kanak-kanak penghidap kanser. Program jalinan kasih bersama kanak-kanak kanser ini julung kali diadakan oleh warga JSKM bersama beberapa staf dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Berkonsepkan “fun day”, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dipilih sebagai lokasi program. Program ini antara lain turut dimeriahkan dengan kehadiran badut dan maskot Mickey dan Minnie Mouse sebagai memenuhi gimik perasmian, aktiviti-aktiviti serta sesi bergambar. Program jalinan kasih telah dirasmikan oleh yang Berbahagia Tuan Rektor Prof. Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali serta dihadiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Rekor bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani dan juga koordinator jabatan, Ts. Dr. Rozita Kadar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Siti Asmah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88198 |