Abstract
Program kesedaran kitar semula sisa minyak masak dalam kalangan staff Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung pada 15 Ogos 2022 sehingga 24 Ogos 2022. Program anjuran Unit Kebajikan, Sukan dan Khidmat Masyarakat, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKA), Bahagian Penyelidikan,Jaringan Industri, Komuniti, dan Alumni, UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Arus Oil Sdn Bhd telah Berjaya mengumpulkan sebanyak 215 kg minyak masak terpakai hasil sumbangan staf UiTMCPP. Hasil kutipan daripada jualan minyak masak terpakai tersebut telah disalurkan kepada Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untukmenyemai budaya kitar semula sisa minyak masak di kalangan staff UiTMCPP. Melalui program ini, staff UiTM Cawangan Pulau Pinang berpeluang menyumbang kepada masyarakat melalui hasil jualan minyak masak terpakai mereka kepada Pusat Kitar Semula Minyak Masak yang berdaftar dengan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) iaitu Arus Oil. Arus Oil merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kitar semula minyak masak kepada bio-diesel. Minyak masak terpakai boleh dikitar semula bagi menghasilkan pelbagai bahan yang berguna seperti sabun dan juga bahan bakar kenderaan bagi menggantikan petrol dan diesel.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tutur, Nuraini UNSPECIFIED Mat Daud, Nurhidayati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED Chief Editor Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Apa Habaq Hangpa? |
ISSN: | 3009-1616 |
Keywords: | ‘Apa Habaq Hangpa?’, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88061 |