Abstract
Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat serta limpah kurnia-Nya dapat saya menukilkan sepatah dua kata di dalam buku ‘Apa Habaq Hangpa Edisi Pertama. Buku ini merupakan salah satu cara untuk Bahagian Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat (ICAN) untuk menghebahkan aktiviti bersama komuniti yang telah dilaksanakan oleh warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang sepanjang tahun 2022. Apa Habaq Hangpa merupakan cetusan idea yang digarap dari ‘Cherita ICAN’ yang telah diterbitkan oleh pihak ICAN UiTM Shah Alam. Buku ini telah menghimpunkan pelbagai kerja-kerja komuniti, knowledge transfer dan kerja amal yang telah dilaksanakan oleh warga UiTMCPP kepada Masyarakat setempat. Hasil buah tangan dari warga UiTMCPP ini bukan sahaja dikongsi bersama warga setempat di Pulau Pinang bahkan telah melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak. Untuk rekod, ini adalah sebahagian daripada keseluruhan projek yang dilaksanakan oleh warga UiTMCPP, terdapat banyak lagi projek yang tidak sempat untuk ketua projek membuat penulisan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED Chief Editor Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Apa Habaq Hangpa? |
ISSN: | 3009-1616 |
Keywords: | ‘Apa Habaq Hangpa?’, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88046 |