Grow Grove menyokong agenda kelestarian karbon biru / Mohamed Syazwan Osman

Osman, Mohamed Syazwan (2023) Grow Grove menyokong agenda kelestarian karbon biru / Mohamed Syazwan Osman. Bulletin. Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.

Abstract

Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development Goals (SDG2020) khususnya SDG13 ( Climate Action ). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudara Arif Irfan Mohamad Noor manakala penasihat program ialah Ir. Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman. Program ini telah disertai oleh 41 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 40 orang pengurusan kanan Affin Bank Berhad, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Pejabat Hutan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Persatuan Kebajikan Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang (PIFWA). Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut ditaja pihak industri iaitu Affin Bank Berhad sebanyak RM15.512. Program ini turut mendapat kerjasama penuh dari JAS, Pejabat Hutan Daerah SPS dan PIFWA. Program ini turut dihadiri pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang,Prof. Ir Dr Ahmad Rashidy Razali, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya TsDr Basharudin Abdul Hadi dan Timbalan Rektor Penyelidikan,Jaringan Industri, Masyarakat& Alumni, Prof Madya Dr. Kay Dora Abd Ghani. Program ini telah dirasmi oleh Pengerusi Affin Bank Berhad iaitu Dato Agil bin Natt.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Mohamed Syazwan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abdul Hamid, Mohd Samsudin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Apa Habaq Hangpa?
ISSN: 3009-1616
Keywords: ‘Apa Habaq Hangpa?’, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88032
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88032.pdf] Text
88032.pdf

Download (10MB)

ID Number

88032

Indexing

Statistic

Statistic details