Program pemerkasaan komuniti: explorace “Ready Set Go” / Anamaria Ishak ... [et al.]

Ishak, Anamaria and Ahmad, Roslizawati and Basarudin, Noor Ashikin and Baharuddin, Sitti Aminah and Azhari, Nor Khadijah (2023) Program pemerkasaan komuniti: explorace “Ready Set Go” / Anamaria Ishak ... [et al.]. Bulletin. Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.

Abstract

Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Pokok Machang, Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dengan jayanya telah menjalankan projek pemerkasaan komuniti iaitu program Explorace “ Ready-Set-Go ” bertempat di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara,Pulau Pinang pada 2 Julai 2022. Projek ini melibatkan seramai 60 peserta dari kalangan pelajar 1 sekolah rendah berumur 11 tahun dan 12 dari Sekolah Kebangsaan Pokok Machang, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Projek pemerkasaan komuniti ini merupakan tugasan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan bertujuan untuk menjalinkan hubungan di antara universiti dan komuniti setempat. Selain itu projek ini juga diharapkan dapat menarik minat serta memberi keseronokan kepada para peserta untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu melalui aktiviti explorace serta dapat memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan peserta. Perasmian program Explorace “ Ready-Set-Go ” telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad bin Darus, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap pengerusi Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang. Manakala yang berhormat Nor Hafizah binti Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan telah merasmikan majlis penutupan program. Program dimulakan dengan acara senamrobik pada jam 8.00pagi dan diikuti dengan pelepasan peserta untuk aktiviti explorace pada jam 8.30 pagi. Aktiviti tersebut berakhir pada jam 11.30 pagi, dan disusuli dengan sesi penyampaian hadiah pada jam 12.00 tengahari. Program tersebut telah berakhir pada jam 1.00 petang. Dalam pada itu, program ini berlangsung dengan membawakan lapan (8) aktiviti atau tema yang dijalankan sepanjang explorace bertujuan untuk mencapai objektif program serta membolehkan pelajar mempelajari ilmu melalui aktiviti fizikal dan berkumpulan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Anamaria
UNSPECIFIED
Ahmad, Roslizawati
UNSPECIFIED
Basarudin, Noor Ashikin
UNSPECIFIED
Baharuddin, Sitti Aminah
UNSPECIFIED
Azhari, Nor Khadijah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abdul Hamid, Mohd Samsudin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Apa Habaq Hangpa?
ISSN: 3009-1616
Keywords: ‘Apa Habaq Hangpa?’, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88022
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88022.pdf] Text
88022.pdf

Download (5MB)

ID Number

88022

Indexing

Statistic

Statistic details